Saturday 4 February 2012

Kenapa bila minum kena duduk ?

Assalamualaikum,

Kebanyakan kawan-kawan seislam kita tidak kisah sama ada nak minum sambil duduk ataupon berdiri.Sunnah nabi adalah minum sambil duduk kecuali ketika minum air zam-zam.Pasti ada yang tertanya-tanya apakah hikmah disebalik sunnah nabi ini.

Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga Islam telah menetapkan adab-adab ketika minum.



Kajian Dari Sudut Sains

Di antara sebab larangan minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Di mana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan.

Minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.

Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.


Central nervous system (2) adalah gabungan otak (1) saraf tunjang (3)

Ia adalah proses gabungan di antara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk.

Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.

Namun demikian diharuskan minum berdiri di tempat yang tidak sesuai untuk duduk seperti tempat yang terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri, ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan Rasulullah minum air zam-zam berdiri.

Mengapa Rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri?

Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati.

Jadi inilah sebab Rasulullah minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut dengan cepat.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain. Inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah Haji yang meminumnya dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.

SUMBER : Dunia macam macam ( facebook )

Sabda Nabi : " Ilmu itu milik Allah , barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah , Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya " JOM SHARE =D

Tuesday 27 December 2011

TAYAMUM !




syarat tayamum :
  1. sudah masuk waktu
  2. tidak mendapat air setelah berusaha mencari
  3. menggunakan debu yang suci
  4. berhalangan menggunakan air sebab sakit
  5. suci dari najis
fardu tayamum :
  • niat
  • mengusap muka dan dua telapak tangan sampai kesiku
  • meratakan debu pada seluruh anggota tayamum : muka dan tangan
  • tertib melakukannya
panduan tayamum :
  1. meletakkan kedua belah tangan ke atas debu untuk disapukan ke muka
  2. menyapu muka dengan debu : dua kali
  3. menyapu kedua belah tangan sampai ke siku dengan debu
  4. mentertibkan rukun
sunat tayamum :
  • membaca bismillah
  • menipiskan debu
  • mendahulukan yang kanan dari kiri
  • tertib
perkara yang membatalkan tayamum :
  1. setiap yang membatalkan wuduk
  2. ada air ( melihat air sebelum solat ) kecuali sakit
  3. murtad

Tuesday 29 November 2011

BERSUGI









cara untuk bersugi

Jadikan jari kelingking dan ibu jari di bawah kayu siwak, manakala jari manis, jari tengah dan jari telunjuk di atasnya. Makruh jika kayu sugi lebih panjang dari sejengkal.


Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan sebelah kanan mulut dan terus dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.


Fadhilat (kelebihan) Bersugi

-Menyucikan mulut
-Membaikkan bau mulut
-Membetulkan tulang belakang
-Membetulkan mai’dah (sistem penghadaman)
-Menegak & menguatkan gusi
-Melambatkan uban
-Menjernihkan kejadian warna tubuh
-Bertambah cerdik
-Menambahkan akal
-Menanbahkan amal
-Memudahkan keluar nyawa
-Memudahkan menyebut syahadah tatkala sakratulmaut
-Keluasan pada kehidupannya (tenang)
-Mumurahkan rezeki
-Menghindarkan sakit dalam kepala
-Memutuskan kahak
-Menguatkan gigi
-Mencerahkan mata
-Menambahkan fasih
-Membaikkan hafaz
-Menyucikan hati
-Menambahkan kebajikan
-Menyukakan malaikat
-Mehinakan syaitan
-Menghilangkan karang gigi
-Memudahkan hancur makanan
-Mustajab doa
-Mencerahkan muka
-Berjabat tangan dengan malaikat
-Menyanjung akan dia oleh malaikat selepas sembahyang
-Diberi suratan amalan (buku) dengan tangan kanan
-Hapuskan kusta
-Menjinakkan oleh malaikat dalam kubur
-Mendatangkan oleh malaikatmaut tat kala mengambil nyawa dengan rupa yang elok
-Menghebatkan bagi seteru.